iklan

SweetMuslimah.com

! RAYA SALE !

Milk Booster Ibu Menyusu!

Salah satu milk booster secara semulajadi adalah jus pegaga. 

Untuk makluman ibu, setiap 10g bahagian pegaga yang boleh dimakan mengandungi air 87.7g, protein 2.0g, lemak 0.2g, karbohidrat 6.7g, serat 1.6g, kalsium 171mg, fosforus 32mg, B2 0.19mg, niasin 0.1mg dan Vitamin C 48.5mg.


Resipi untuk membuat jus pegaga.
100 gram pegaga (cuci daun pegaga dengan air garam dan bersihkan akarnya)
Sedikit gula perang
500 ml air masak
Secubit garam

Cara membuatnya
1. Masukkan pegaga dan letakkan gula perang (bergantung pada sukatan yang ibu suka), air masak dan sedikit garam ke dalam mesin pengisar.
2. Kisar daun pegaga dan ambil jusnya.
3. Sedia diminum sama ada suam atau diletakkan dengan ais.

Selamat mencuba!

Sila kongsi jika anda rasa ia menarik.

#FamesRichShoppe
Nurfarhanah Suardi
0167253014

Di sebalik kejayaan....


Disebalik kejayaan,

Terselit kisah suka duka di situ!

Yang penting, teruskan melangkah...



Sila kongsi jika anda rasa ia menarik.

#FamesRichShoppe
Nurfarhanah Suardi
0167253014

Tips usahawan

60 tips segera dan ringkas untuk usahawan. Baik jika dibaca sekali sehari bagi memastikan kita sentiasa 'sedar' akan kerjaya yang dilakukan, iaitu usahawan.


Tips ringkas ini semuanya dalam tiga perkataan sahaja bagi setiap tips. Walaupun ia tidak menerangkan secara lengkap, sekurang-kurangnya ia dapat dibaca dengan cepat dalam masa beberapa minit sahaja.
  1. Matlamat perlu jelas.
  2. Ada buat perancangan
  3. Berusaha dengan cekal.
  4. Baca buku selalu.
  5. Belajar tanpa henti
  6. Bertindak dengan cepat.
  7. Tidak mudah mengalah.
  8. Berani hadapi risiko.
  9. Fokus pada kekuatan.
  10. Sayangi diri sendiri.
  11. Sentiasa perbaiki diri.
  12. Gagal itu lumrah.
  13. Utamakan yang utama.
  14. Perlu jaga kesihatan.
  15. Ambil sarapan pagi.
  16. Tidur perlu cukup.
  17. Bangun awal pagi.
  18. Sentiasa bersangka baik/
  19. Elakkan membazir masa.
  20. Buat dengan betul.
  21. Tunaikan solat fardhu.
  22. Usaha perlu konsisten.
  23. Perlu ada prinsip.
  24. Latih disiplin diri.
  25. Pakaian yang kemas.
  26. Keinginan yang membara.
  27. Tidak menundakan kerja.
  28. Perlu ada mentor.
  29. Bantu usahawan lain.
  30. Urus aliran tunai.
  31. Jaga kebajikan pekerja.
  32. Doa adalah senjata.
  33. Tawakal kepada Allah s.w.t.
  34. Zikir adalah penawar.
  35. Pilih untuk berjaya.
  36. Bangkit dari gagal.
  37. Bersedekah dengan ikhlas.
  38. Tunaikan zakat perniagaan.
  39. Berani berkata TIDAK.
  40. Tenang menerima kritikan.
  41. Maafkan sesiapa sahaja.
  42. Hidup perlu diteruskan.
  43. Sertai kursus berkaitan.
  44. Elakkan daripada riba.
  45. Kenali potensi diri.
  46. Tambah kawan baru.
  47. Malu perlu bertempat.
  48. Fokus pada jualan.
  49. Belajar ilmu komunikasi.
  50. Menulis dengan baik.
  51. Tidak ulangi kesilapan.
  52. Baca kisah kejayaan.
  53. Pelbagaikan sumber pendapatan.
  54. Pantau perkembangan perniagaan.
  55. Ada simpanan kecemasan.
  56. Hargai para penyokong.
  57. Layan pelanggan sebaiknya.
  58. Rekodkan maklumat pelanggan.
  59. Promosi! Promosi! Promosi!
  60. Baik biar berpada!

Sila kongsi jika anda rasa ia menarik.

#FamesRichShoppe
Nurfarhanah Suardi
0167253014

30 perkara yang dikongsi dari Dr. Hj. Azizan Osman tentang keusahawanan.

30 perkara yang dikongsi dari Dr. Hj. Azizan Osman tentang keusahawanan.

  1. Di dalam pakej kejayaan ada kesusahan.
  2. Mengubah manusia, perkara yang paling mencabar, ianya mudah apabila mereka sendiri yang mahu berubah.
  3. Ramai mereka yang berjaya menjadi ketua dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang disukai.
  4. Majoriti mereka yang mencapai kejayaan tidak suka memberi alasan.
  5. Fokus adalah perkara penting bagi mereka yang mahu mencapai kejayaan.
  6. Hasil kajian, 100 orang yang berjaya di dunia, 68% dari mereka tidak mempunyai markah CGPA yang tinggi.
  7. Tahap kejayaan seseorang bukan ditentukan oleh siapa 'pensyarah' mereka.
  8. Tahap keinginan yang tinggi adalah kekuatan dalaman yang akan memacu kejayaan seseorang.
  9. Apabila kita mempunyai tahap keinginan untuk berjaya yang kuat, segala perasaan negatif dapat dikawal dengan sebaiknya.
  10. Kejayaan pertama bermula dari minda dan mentaliti mahu berjaya.
  11. Mereka yang betul-betul mahu berjaya, mereka mempunyai tahap keinginan yang kuat kerana mereka mempunyai matlamat yang jelas yang mahu dicapai.
  12. Apabila 'down' cari kata-kata pembakar semangat. Jadikan sebagai alat pembakar semangat untuk mencabar diri supaya menjadi lebih baik.
  13. Cari 'big why' yang kuat dalam diri. Kenapa aku nak berjaya? Untuk apa aku nak berjaya?
  14. Semangat bisnes datang dari pemilik bisnes itu sendiri. (Untuk permulaan sahaja sebelum mempunyai sistem yang lebih teratur).
  15. Kekuatan dalaman datang dari diri sendiri. Apabila dalaman kuat, segala alasan kepayahan boleh cuba untuk diatasi.
  16. Matlamat yang mahu dicapai harus jelas. Masa? Untuk? Tujuan?
  17. Gunakan sebaik-baik mungkin teknologi yang ada. 
  18. Bina 'networking' untuk menjana kumpulan yang terbaik. (Mastermind group with Quality People).
  19. Masa itu emas, jangan buang masa proses kejayaan akan melalui beberapa kesusahan.
  20. Bila mahukan sesuatu, mesti dapat dengan apa cara sekalipun (bukan dengan memberi alasan).
  21. Kenali diri, sejauh mana tahap kejayaan yang telah dicapai sehingga sekarang.
  22. Tulis proses demi proses semasa mencapai kejayaan. Raikan kejayaan kecil sebelum menikmati kejayaan yang lebih besar.
  23. Berterus-terang dengan apa yang mahu dicapai bersama kumpulan.
  24. Pemilik bisnes perlu 'faham' tentang marketing, sales, HR, operation bussiness mereka.
  25. Teruskan belajar, sentiasa tambah ilmu untuk penambahbaikan diri supaya lebih baik dari sebelumnya.
  26. Dekatkan diri dengan mereka yang lebih berjaya dari kita supaya ianya dapat mengekalkan momentum kejayaan kita.
  27. Fokus dengan apa yang mahu dicapai. Jangan terlalu fokus pada proses kerana ianya akan membebankan emosi.
  28. Cari mentor yang telah berjaya dalam bidang mereka (bukan teori semata-mata).

Sila kongsi jika anda rasa ia menarik.

#FamesRichShoppe
Nurfarhanah Suardi
0167253014

Jom Ubah!

Jom kita ubah tabiat pemakanan kita! 

Masih belum terlambat lagi. 

Makanan yang HALAL lagi BAIK itulah yang dituntut dalam Islam. 

Indahnya Islam mengajarkan kita supaya memilih makanan terbaik!

Jauhi makanan-makanan syubhah, boikot, jajan, makanan-makanan ringan dan fast food yang tidak baik untuk kesihatan dan otak kita!


Anak-anak yang cemerlang dunia akhirat itu bermula dari kita!

Yang masih bujang juga pastikan bermula dari sekarang dah bina tabiat pemakanan yang halal lagi baik.

HALALAN TOYYIBAN

#SihatItuJihad

Pengurusan kewangan keluarga

Merancang dan menguruskan kewangan dengan bijak adalah unsur terpenting dalam membentuk sebuah keluarga yang sejahtera dan stabil. Kefahaman mengenai kehidupan berkeluarga berkualiti akan mendorong anda merencana perbelanjaan keluarga dengan berhemah meskipun anda tergolong dalam keluarga yang berpendapatan sederhana.


  1. Pastikan anda mempunyai simpanan ketika kecemasan.
  2. Fikirkan simpanan kewangan untuk pendidikan anak-anak.
  3. Bezakan antara keinginan dan keperluan.
  4. Buat belanjawan untuk mengetahui aliran wang keluar.
  5. Pastikan citarasa anda tidak melebihi kemampuan.
  6. Jangan mudah terpedaya dengan iklan jualan murah.
  7. Cuba elakkan kebergantungan pada kad kredit.
  8. Simpan dulu baru belanja.
Sila kongsi jika anda rasa ia menarik.

#FamesRichShoppe
Nurfarhanah Suardi
0167253014

penasihat syariah ana edar


Berkuat kuasa 1 may 2015

Dr zaharuddin & prof madya dr Azman mohd noor (ketua jabatan fiqh & ussuludin) dari uia adalah penasihat syariah Ana edar. InsyaAllah ini dapat membantu meningkatkan keyakinan rania & memperbetulkan mana yg perlu dirombak moga ia akan membawa saham dunia akhirat.

Soy Collagen Classic

Keistimewaan kolagen dan protein kacang soya 



Kolagen adalah bahan semulajadi yang terdapat di dalam badan manusia yang berfungsi untuk menjaga struktur dan kekuatan angota badan seperti kulit, sendi, ligament, tendon dan organ-organ lain. Kolagen daripada sumber marin sangat berkesan untuk mengatasi masalah kulit kering, kusam, tidak sekata, berparut dan berkedut. Protein kacang soya juga mempunyai pelbagai kebaikan untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Proses menghasilkan serbuk soya menglibatkan pembuangan lemak, fiber dan karbohidrat dari biji kacang soya.Ini menjadikan minuman ini bebas kolesterol dan sangat baik untuk kesihatan jantung dan menstabilkan kadar metabolisme.

Kolagen soya yang diperkaya dengan astaxantin  (sejenis pigmen merah yang didapati pada tumbuhan dan algae) mempunyai pelbagai manafaat tambahan seperti berikut;
  • Meningkatkan antibodi
  • Anti oksida (melindungi sel daripada pengoksidaan radikal bebas. Bertindak mencegah kanser)
  • Kurangkan risiko sakit jantung
  • Menambahkan daya ingatan
  • Menambahkan daya tahan dari serangan penyakit usus
  • Mengeluarkan sel tidak normal di hati
  • Melindungi mata dan kulit daripada tindakan UV A dan UV B.

Untuk memiliki kulit yang lebih muda, cerah dan sekata?

Soy Collagen Classic Skash adalah jawapannya. Minuman yang difomulasikan daripada kombinasi soya dan kolagen boleh melawan garis-garis halus yang timbul, kedut, kulit kusam dan tidak sekata yang berpunca dari umur yang meningkat, stress, pencemaran, terdedah kepada cahaya matahari dan lain-lain faktor yang merosakkan kulit anda.

Formula asli ini akan mengembalikan keanjalan kulit anda dalam masa 15 hari untuk melawan tanda-tanda penuaan dan kulit pramatang disamping secara perlahan-lahan memutihkan dan melembutkan kulit. Hasilnya kulit anda akan kelihatan lebih sihat dan lebih cerah. Minuman ini sesuai untuk wanita semua peringkat umur. Sangat sesuai untuk wanita yang mengandung. Produk ini mengandungi 2 ramuan utama:

Soya - Berfungsi sebagai bahan semulajadi untuk memutihkan kulit dan melembutkan kulit. Ia juga membantu mengurangkan paras kolestrol dan suhu badan dan memberi tenaga yang diperlukan oleh tubuh kita.

Kolagen - Kolagen ialah bahan semulajadi yang mengeluarkan cecair dalam tubuh kita untuk membekalkan struktur pada organ yag berbeza. Kolagen memainkan peranan untuk menjadikan kulit kita kelihatan sihat, muda, lembut, dan sekata. Berpunca dari faktor-faktor seperti peningkatan usia proses-proses pengeluaran kolagen berkurangan dalam tubuh kita. Dengan kolagen hasilnya garis-garis halus dan kedut-kedut akan berkurangan dan menampilkan wajah yang sihat. Sekaligus menghalang proses pengeluaran kedut-kedut dan garis-garis halus yang baru.

Cara penggunaan :
Masukkan satu peket soya kolagen ke dalam air suam, kacau dan minum terus untuk mendapatkan khasiat maksima soya kolagen yang mengandungi vitamin dan protein. 

8 Jenis Makanan Mencegah Penyakit

Lapan jenis makanan yang paling baik mencegah penyakit :
الرمان
delima
الروب
yogurt
الثوم
bawang putih
البصل
bawang besar
الشاي الأخضر
teh hijau
الشوفان
oat
القرع
labu
البروكلي
brokoli
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
Jom minum CELEBRITY YOGURT

#CYJBFames

Quotes #1

[CABAR DIRI TERUS MAJU]
Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga.
Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudian mencabar diri untuk maju ke tahap yang seterusnya pula.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.
1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi
Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.
2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain
Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain.
Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.
3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati
Usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.
4. Soal Diri Dengan Soalan Positif
Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.
5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda
Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.
Janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti.

Kismis

Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.



Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Biasakanlah memakan kismis
kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.”
“Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian.”

Tamar Cocoa Sachet


Khasiat Kurma :-
  • Kurma dengan Zat besi sangat sesuai bagi orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah)
  • Kandungan salasilat (sejenis zat yang menyerupai aspirin) dalam kurma boleh bertindak seperti ubat kerana ia mampu mencegah pembekuan darah dan juga bertindak sebagai anti keradangan
  • dan menurunkan tekanan darah
  • Kaya dengan khasiat protein, serat, glukosa, vitamin A&C, sodium serta potassium
  • Kurma membantu proses pembesaran, merangsang minda kanak-kanak serta perkembangan otak bayi 
  
Khasiat Koko :-
  • Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat
  • Kesan Antioksida adalah diperolehi daripada kandungan polyphenois yang tinggi seperti flavanoids
  • Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan
  • Koko melambatkan proses penuaan
Antara kelebihan setelah mengambil Tamar Cocoa :-
  • Anti stress
  • Anti oksidan
  • Anti penuaan
  • Anti keradangan
  • Penjagaan kulit
  • Masalah anemia
  • Kesihatan jantung
  • Meransang minda
  • Menguatkan tulang
  • Mengawal tekanan darah
  • Mengelak pembekuan darah
  • Mengawal kerosakan sel & tisu
  • Proses tumbesaran kanak-kanak

Nurfarhanah Suardi
SMS/Telefon : 016-7253014
E-mail : farhanasuardi@gmail.com

Kebaikan Yogurt

Perkongsian ilmu kesihatan kali ini ialah mengenai kebaikan dan keutamaan yogurt yang kurang digemari kerana rasanya yang masam. Namun disebalik rasa masam tersebut tersembunyi khasiat yang diperlukan oleh tubuh kita untuk memperoleh kesihatan yang sempurna.
Yogurt merupakan produk olahan susu mengandung kalsium dan protein yang sangat baik. Yogurt mengandungi bakteria baik yang menyihatkan pencernaan iaitu Lactobacillus delbrueckii subsp. bulgaricus dan Streptococcus thermophillus, bahkan ia direkomendasikan oleh WHO untuk menangani dan merawat cirit-birit. 

Antara kebaikan yogurt ialah :
1. Beberapa strain probiotik meningkatkan kadar imun tubuh
Probiotik bacteria yang terkandung di dalam yogurt dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang usus melalui mengubah mikrofora pencernaan. Menurut kajian di Taiwan, probiotik dapat meningkatkan pemulihan serta ketahanan tubuh terhadap jangkitan (infeksi) di mana yogurt yang mengandung dua jenis probiotik, iaitu lactobacillus dan bifidobacterium, terbukti memberi kesan positif terhadap pesakit yang mengidap H. pylori infeksi.

2. Bagus untuk wanita lepas bersalin
Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal yakni betuk badan sebelum hamil (bertujuan menambat hati suami), khasiat yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.

3. Membantu sistem penghadaman
Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu). Bakteria itu bertindak dengan merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam salur usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup, di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.

4. Mencegah jangkitan pada vagina
Infeksi atau jangkitan Candida pada vagina merupakan masalah yang banyak dialami wanita pengidap diabetes. Menurut kajian, wanita diabetes yang mengambil yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan (pH) serta pegurangan infeksi candida.

5. Meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis
Antara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu. Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.

6. Menurunkan kadar kolesterol
Yogurt, susu asidophilus (dari bakteria L. acidophilus) dan susu bifidus (dari bakteri a Bifidobakterium bifidum) mampu menurunkan kolesterol darah. Ini adalah kerana zat faktor antikolesterol yang mencegah kerja enzim pembentuk kolesterol. Pengurangan kolesterol juga terjadi kerana pertumbuhan bakteria akan menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya. Penyerapan ini berlaku di usus kecil dan membantu mengurangi kolesterol dalam darah.

7. Membantu mengurangkan berat badan
Menurut kajian terbaru yang telah diterbitkan di dalam International Journal of Obesity, 2005, hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah lemak di dalam hidangan mereka didapati dapat mengurangkan berat badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt.

8. Yogurt makanan untuk tumbesaran.
amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Pemakanan yogurt boleh membantu kanak-kanak dengan masalah penyerapan usus serta penghadaman protein yang lebih mudah. Fakta menjelaskan asid laktik dalam yogurt meningkatkan penyerapan mineral.

9. Mampu atasi masalah stress
Menurut sekumpulan pengkaji Ireland, probiotik, atau bakteria baik yang terkandung di dalam yogurt memiliki potensi untuk mengubah kimia otak dan mengurangkan kecemasan dan gangguan yang berkait rapat dengan tekanan.
Rumusan itu hasil daripada uji kaji ke atas seekor tikus yang diberikan probiotik Lactobacillus rhamnosus. Kumpulan pengkaji tersebut mendapati, tikus yang diberi probiotik kurang memiliki tanda-tanda mengalami stres, cemas dan murung. Tikus itu juga mempunyai hormon stres kortikosteron yang jauh lebih rendah.
“Ini membuktikan bahawa probiotik dapat mempengaruhi kimia otak. Ia juga menunjukkan bakteria berperanan penting dalam komunikasi di antara usus dan otak,” ujar Profesor John Cryan dari Kolej Universiti Cork, Ireland.

10. Sumber kalsium dan protein terbaik
Non fat yogurt merupakan salah satu sumber kalsium terbaik. 8 ons yogurt menyediakan 452 mg kalsium dan 127 kalori. Selain rasa yogurt yang sangat enak, ternyata yogurt memiliki manfaat yang luar biasa dalam memenuhi keperluan kalsium harian kita.
Dengan kelebihan dan kebaikan yogurt di atas kita sewajarnya memasukkan yogurt dalam senarai pemakanan utama seharian kita. saya sangat bersyukur kerana anak-anak semua gemar memakan yogurt. dan bekalannya sentiasa ada di dalam peti sejuk di rumah.

Credit AbuAqil aka AbuSakeena

Magic Body Slimming Soap

MEDICATED SLIMMING SOAP - (RM36)/100GM

~ slimming pecah lemak
menanggalkan kulit2 mati
vitamin utk kulit dari pegaga utk mengelakkan parut 
~ scrub

saiz sebenar sabun MBSS


NAMA PRODUK: MAGICAL BODYSLIM SOAP 
HARGA: RM36 

GAMBAR DI ATAS INI ADALAH SIZE SEBENAR SABUN.
BESAR KAN? 

CARA GUNA MBSS

DIGOSOK: 
1- paha dan bontot yg berselulit 
2- pangkal tangan iaitu antara lengan dan permulaan bahu 
3- perut 
4- pinggang 
5- pinggul dan mana-mana bahagian yg berlemak, besar dan menggeleber 
6- berparut 
7- celah kekotoran degil 
8- badan berjerawat batu dan berbiji akibat lemak keras dan kesan luka. 

KESAN SEMASA PENGGUNAAN: 
1- kulit akan berasa segar dan naturally dingin 
2- Liang-liang kulit akan terbuka- membantu penyerapan oleh satu bahan pelembab yang boleh melarutkan air dan lemak dibawah lapisan kulit 

KESAN PENGGUNAAN: 
1- melancarkan peredaran darah 
2- Penggelupasan perlahan 
3- penggantian kulit semulajadi 
4- menghasilkan kulit tubuh yang cantik, tegang , licin dan lembap 
5- menghilangkan kesan parut seperti rekahan selepas beranak 
6- menghilangkan kekotoran seperti kerak dan daki yang terpendam 

**Lebih BERKESAN digunakan setiap kali mandi untuk shape dan kulit yang anda ingini 

Whatsapp :
Farhana 0167253014


10 Sebab Mengapa Yogurt Perlu Ada Dalam Peti Sejuk Anda?

Yogurt merupakan produk olahan susu mengandung kalsium dan protein yang sangat baik. Yogurt mengandungi bakteria baik yang menyihatkan pencernaan iaitu Lactobacillus delbrueckii subsp. bulgaricus dan Streptococcus thermophillus, bahkan ia direkomendasikan oleh WHO untuk menangani dan merawat cirit-birit. Antara kebaikan yogurt ialah :

1. Beberapa strain probiotik meningkatkan kadar imun tubuh
Probiotik bacteria yang terkandung di dalam yogurt dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang usus melalui mengubah mikrofora pencernaan.  Menurut kajian di Taiwan, probiotik dapat meningkatkan pemulihan serta ketahanan tubuh terhadap jangkitan (infeksi) di mana yogurt yang mengandung dua jenis probiotik, iaitu lactobacillus dan bifidobacterium, terbukti memberi kesan positif terhadap pesakit yang mengidap H. pylori infeksi.

2. Bagus untuk wanita lepas bersalin
Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal yakni betuk badan sebelum hamil (bertujuan menambat hati suami), khasiat yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.

3. Membantu sistem penghadaman
Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu). Bakteria itu bertindak dengan merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam salur usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup, di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.

4. Mencegah jangkitan pada vagina
Infeksi atau jangkitan Candida pada vagina merupakan masalah yang banyak dialami wanita pengidap diabetes. Menurut kajian, wanita diabetes yang mengambil  yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan (pH) serta pegurangan infeksi candida.

5. Meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis
Antara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu.  Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.

6. Menurunkan kadar kolesterol
Yogurt, susu asidophilus (dari bakteria L. acidophilus) dan susu bifidus (dari bakteri a Bifidobakterium bifidum) mampu menurunkan kolesterol darah. Ini adalah kerana zat faktor antikolesterol yang mencegah kerja enzim pembentuk kolesterol. Pengurangan kolesterol juga terjadi kerana pertumbuhan bakteria akan menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya. Penyerapan ini berlaku di usus kecil dan membantu mengurangi kolesterol dalam darah.

7. Membantu mengurangkan berat badan
Menurut kajian terbaru yang telah diterbitkan di dalam International Journal of Obesity, 2005, hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah lemak di dalam hidangan mereka didapati dapat mengurangkan berat badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt.

8. Yogurt makanan untuk tumbesaran.amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Pemakanan yogurt boleh membantu kanak-kanak dengan masalah penyerapan usus serta  penghadaman protein yang lebih mudah. Fakta menjelaskan asid laktik dalam yogurt meningkatkan penyerapan mineral.

9. Mampu atasi masalah stress
Menurut sekumpulan pengkaji Ireland, probiotik, atau bakteria baik yang terkandung di dalam yogurt memiliki potensi untuk mengubah kimia otak dan mengurangkan kecemasan dan gangguan yang berkait rapat dengan tekanan.
Rumusan itu hasil daripada uji kaji ke atas seekor tikus yang diberikan probiotik Lactobacillus rhamnosus. Kumpulan pengkaji tersebut mendapati, tikus yang diberi probiotik kurang memiliki tanda-tanda mengalami stres, cemas dan murung. Tikus itu juga mempunyai hormon stres kortikosteron yang jauh lebih rendah.
“Ini membuktikan bahawa probiotik dapat mempengaruhi kimia otak. Ia juga menunjukkan bakteria berperanan penting dalam komunikasi di antara usus dan otak,” ujar Profesor John Cryan dari Kolej Universiti Cork, Ireland.
10. Sumber kalsium dan protein terbaik
Non fat yogurt merupakan salah satu sumber kalsium terbaik. 8 ons yogurt menyediakan 452 mg kalsium dan 127 kalori. Selain rasa yogurt yang sangat enak, ternyata yogurt memiliki manfaat yang luar biasa dalam memenuhi keperluan kalsium harian kita.

Dengan kelebihan dan kebaikan yogurt di atas kita sewajarnya memasukkan yogurt dalam senarai pemakanan utama seharian kita. saya sangat bersyukur kerana anak-anak semua gemar memakan yogurt. dan bekalannya sentiasa ada di dalam peti sejuk di rumah. Wallahu a’lam

Kredit : http://pbasmkps.blogspot.my/2013/08/10-sebab-kenapa-yogurt-perlu-ada-dalam.html

Nak mudah minumlah Celebrity Yogurt! Senang dan sedap!

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com

Assalamualaikum, 
saja cuba nasib nak join Giveaway adik manis si Mialiana ni. Mana tahu menang hadiah kan? Hehe.. Semua dah buat kecuali Like di Fanpage dia sebab FB kat office tak boleh bukak. Harap ada rezeki anak-anak lah, dan dapat tambah koleksi fridge magnet aku dan suami. Jom Join!



Jom join giveaway ini... syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 31 Ogos 2015.
Hadiah

Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan akan diumumkan pada 3 September 2015.

Celebrity Yogurt, Ready Stock but Limited!

Rasanya yang nyaman dan hirisan buah yang manis. Sungguh memikat! Rasa sekali pasti nak lagi!
4 perisa berbeza :
1. Banana
2. Dragon fruit
3. Manggo
4. Honeydew
Rm 8 / botol
Rm 30 / 4 botol
Whatsapp :
016-7253014

Perkongsian daripada Ustaz Zahazan

Sharing drpd ust zahazan. Mendalam maksud nya.

1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.

2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk,jgn sedih, ia juga takkan kekal lama.

5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jk anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!

7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.

8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lbh teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "

9. Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bhw seseorang telah mendoakan anda.

10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

Jika anda benar-benar menikmati kata-kata ini, mohon sebarkan kepada yang lain. Ia boleh menerangi hari seseorang.

Sumber : Facebook

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Farhana Suardi