iklan

! RAYA SALE !

Kembali Aktif..

Assalamualaikum w.b.t.

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf di atas kehilangan saya dari dunia blog ini. Saya ingin mengumumkan bahawa saya akan cuba untuk kembali aktif di dalam dunia blog ini semula.

Namun begitu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada potential customer saya semalam kerana telah menegur kesilapan saya. Saya akui dulu saya ambil lewa mengenai bisnes saya.. Tapi sekarang Alhamdulillah.. Saya akan lebih berhati-hati..

Atas teguran seseorang itu, maka saya terpaksa mencari semula password saya yang telah hilang dan buat editan semula kepada post yang ditegur. Namun begitu, atas teguran beliau juga saya baru "buka mata" tentang kepentingan blog saya..

Dari sudut positif, blog saya yang banyak menaril customer untuk membeli dengan saya. Sudut negatif plak, saya yang silap dan malas untuk mencari ingo, hanya tahu copy dan paste sahaja. Saya akui kesilapan saya.

Dengan itu, untuk perbaiki kesilapan saya, saya akan padam semua post yang tidak berkaitan dengan saya lagi.. Saya hanya akan post mengenai produk yang saya jual atau guna sahaja. Diharap anda semua masih sudi melawat blog picisan saya ini. Terima kasih.

Love u all ...

*Kesilapan itu tanda saya harus lebih peka dengan keadaan semasa.*

No comments:

Post a Comment

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Farhana Suardi