iklan

! RAYA SALE !

Kembali Aktif..

Assalamualaikum w.b.t.

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf di atas kehilangan saya dari dunia blog ini. Saya ingin mengumumkan bahawa saya akan cuba untuk kembali aktif di dalam dunia blog ini semula.

Namun begitu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada potential customer saya semalam kerana telah menegur kesilapan saya. Saya akui dulu saya ambil lewa mengenai bisnes saya.. Tapi sekarang Alhamdulillah.. Saya akan lebih berhati-hati..

Atas teguran seseorang itu, maka saya terpaksa mencari semula password saya yang telah hilang dan buat editan semula kepada post yang ditegur. Namun begitu, atas teguran beliau juga saya baru "buka mata" tentang kepentingan blog saya..

Dari sudut positif, blog saya yang banyak menaril customer untuk membeli dengan saya. Sudut negatif plak, saya yang silap dan malas untuk mencari ingo, hanya tahu copy dan paste sahaja. Saya akui kesilapan saya.

Dengan itu, untuk perbaiki kesilapan saya, saya akan padam semua post yang tidak berkaitan dengan saya lagi.. Saya hanya akan post mengenai produk yang saya jual atau guna sahaja. Diharap anda semua masih sudi melawat blog picisan saya ini. Terima kasih.

Love u all ...

*Kesilapan itu tanda saya harus lebih peka dengan keadaan semasa.*

Tips Penjagaan Kulit Muka Berjerawat

Tips Penjagaan Kulit Muka Berjerawat  

✔Basuh muka paling kurang 2 kali sehari dengan sabun yang betul. 

✔Jangan basuh muka dengan menggunakan sabun badan kerana tahap kealkaliannya adalah berbeza. Seeloknya, gunakan sabun muka jenis pengawalan minyak contohnya, Vaseline (Oil Control). 

✔Elakkan makanan yang berminyak seperti daging burger segera.

✔Elakkan makanan laut seperti sotong, ketam, udang dan sebagainya KECUALI ikan. (Terpulang kepada kulit individu contohnya, saya boleh makan kerang.) 

✔Elakkan makanan seperti kacang tanah. (Bagi saya, saya tidak boleh makan kacang tanah, tetapi saya boleh makan kacang kuda, almond, gajus dan lain-lain. Ia terpulang kepada kulit individu.)

✔Elakkan daripada mengguna tuala badan untuk mengelap muka selepas mandi kerana kulit yang sensitif adalah sangat sensitif dengan kekotoran. Gunakan tuala kecil yang lain atau tisu.

Selamat Tahun Baru 2015

Assalamualaikum semua..

Apa khabar semua? Alhamdulillah.. Kita semua dah 8hari berada di dalam tahun baru iaitu 2015. Bagaimana dgn azam tahun lepas? Tercapai atau terkapai-kapai? Hihihi..

Walau apapun yang berlaku, hidup perlu di teruskan.. Jangan sesekali menyesali apa yg telah terjadi dalam kehidupan kita selama ini.. Chewaahhh!!

Korang perasan x, lama dah saya x update apa-apa kat sini kan? Sejak ada anak ni, saya memang agak sibuk. Mana nak uruskan anak, kerja hakiki dan bisnes online saya ni.

Walau bagaimana pun saya tetap akan berusaha dan mencuba sehabis baik utk membantu suami dalam pencarian nafkah.

Oklah semua.. Anda boleh follow saya dan cuci mata di blog saya ni yer.. Apa-apa cik,puan,akak dan adik boleh email saya di farhanasuardi@gmail.com atau boleh wassap saya terus di talian 016-7253014. Harap maaf kalau ada yang call saya, tp saya x angkat.. Masa nak angkat pun x de.. Hehe..

Salam Ukhwah!

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Farhana Suardi