iklan

! RAYA SALE !

Pendapat je

Just nak bg pendapat lah..


Aku ni jd sponsor tuk blogger2 bukan diorg yg offer. Aku yg offer. Syarat plak diorg bg.. Ada gak yg aku bg.. Tapi aku x kesah pun org x like page aku ke blog aku ke walaupun ada pemenang yg buat cmtu.. Aku pun tahu gak tu.. Tu belum lg yg pm alih2 tanya hadiah tp x bg details atau x bg details lengkap.. Yg marah pun ada.. Huhu.. Tapi tak pelah manusia masing2 ada hak utk menilai.. Biarkan mereka terus menilai.. Yg ada pm aku balas, ada tu kdg aku baca lom balas, ada tu mmg aku terlepas pandang.. Maaflah yer.. Aku bukan blogger sepenuh masa.. Boleh melayan itu ini.. Kne bg aku masa.. Xnk terima?? Terpulang.. 😊

RAHSIA KEMESRAAN SUAMI ISTERI

1. Melepaskan Tekanan
-Bilik tidur adalah ruang paling peribadi dan teramat menyenangkan bagi kaum wanita . Ia dijadikan tempat menghilangkan rasa penat fikiran dan fizikal selepas melakukan pelbagai urusan kerja dan rumahtangga . Oleh itu, tatkala melihat isteri bersendirian di kamar biarkanlah saja mungkin itulah yang paling diperlukan oleh isteri ketika itu .

2. Komunikasi Lembut
-Sewaktu berada di kamar dengan isteri , jauhkan perbualan atau debat yang dapat menggangu suasana hatinya . Selain itu , belajarlah bicara lembut dan santun terhadap pasangan .

3. Bersikap Terbuka
-Belajarlah bersikap terbuka di kamar terutama dalam mengungkapkan hal - hal pencetus ghairah untuk mencapai kepuasan seksual . Bila suami isteri saling terbuka dan tidak memaksa maka kehangatan dan keintiman di bilik tidur akan tercipta dengan sendirinya .

4. Layan Isteri Bak Puteri
-Lakukan hal-hal menyenangkan ketika bersama isteri di bilik tidur . Layanlah dirinya bak puteri pada satu malam misalnya dengan memberi urutan walau tidak diminta sambil menyediakan minuman yang menyegarkan untuk dirinya .

5. Perhatian Lebih
-Memberikan perhatian atas layanan atau penampilannya juga amat menyenangkan bagi wanita . Selain itu , ajak isteri berbual tentang perkara yang menggembirakan dan tak melulu kepada soal seks .

6. Sentuhan Dan Belaian
-Tak salah sekiranya bila di bilik tidur anda hanya mencumbu pasangan tanpa mengakhirinya dengan hubungan seks . Pelukan dan sentuhan mesra suami kadang - kadang lebih dihargai dari hubungan seks separuh hati daripada isteri



!! SHARING IS LOVING !!

Suami, Jangan Tegur Isteri Depan Anak-anak

Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kenapa kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pada anak-anak.

Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!

Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudak boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak respek isteri kita.

Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.

Promotelah Isteri Depan Anak-anak

Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada ibunya.

Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!

Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita! Yang akhirnya memudahkan kita!


!!SHARING IS LOVING!!


Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Farhana Suardi