iklan

! RAYA SALE !

KENAPA ISTERI SUKA DIPELUK SUAMINYA??


✔ Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.

✔ Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan.

✔ Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.

✔ Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya.

✔ Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

✔ Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.


Oleh itu para suami.

1. peluklah isteri
2. belai lembut rambutnya
3. sentuh wajahnya
4. gosok lembut lengannya
5. kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
6. gosok lembut punggungnya
7. sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.

Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya.

Sumber : Facebook 
!! SHARING IS LOVING !!

Nurfarhanah Suardi

Shaklee Independent Distributor 
ID 905705
SMS/Telefon : 016-7253014
E-mail : farhanasuardi@gmail.com

Hukum suami tidak beri nafkah zahir pada isteri?


Ustaz Azhar Idrus:

Suami wajib memberi NAFKAH ZAHIR pada isteri dalam 3 perkara iaitu makan-minum, pakaian, dan tempat tinggal.

Termasuk juga dalam nafkah adalah barang-barang keperluan lain seperti alat berhias & bersuci, dan ubat-ubatan.

Nafkah makan-minum yang wajib adalah 2 KALI SEHARI sehingga kenyang dan yang selebihnya adalah sunat sahaja. Tapi jika isteri jenis makan banyak, misalnya sekali makan satu periuk nasi, maka wajib suami beri makan dua periuk sehari !! Suami jangan berkira sangat sebab siapa suruh kamu kahwin dengan orang kuat makan. Kikikiki...

Nafkah pakaian yang wajib diberi pada isteri adalah 2 pasang setahun "complete set" dan selebihnya adalah sunat. Dua pasang itu termasuk baju, kain, tudung, stoking, kasut, dan pakaian dalam. Yang lain-lain adalah sunat dan suami jangan berkira dalam soal ini sebab dia bukan orang lain, dia isteri yang banyak berjasa

Nafkah tempat tinggal pula adalah rumah yang berpatutan dan bersesuaian dengan keadaan isteri, tak kira samada banglo, flet, rumah atas pokok, khemah, asalkan sesuai dan selamat untuk isteri.

Nafkah-nafkah tersebut adalah HAK ISTERI. Jadi, jika isteri kata "abang tak payah beri nafkah" maka tidak berdosalah suami. Tetapi jika isteri perlu pada nafkah dan suami mengabaikannya, maka haram dan berdosa besarlah suami dan itu juga mengakibatkan solat dan segala amalannya yang lain tidak diterima.

Ingat .... jika isteri derhaka pada suami, segala amalan isteri ditolak; jika suami abaikan tanggungjawabnya pada isteri, segala amalan suami ditolak.


Sumber : Facebook
!! SHARING IS LOVING !!


:: TIPS :: TINGKATKAN POTENSI ANAK-ANAK ANDA

Pakar dalam perilaku kanak-kanak,Robert D Ramsey, berkata untuk mempertingkatkan potensi anak,lakukan panduan ini:



A. Mulakan hidup anak dengan nama panggilan yang baik.Nama panggilan kurang baik
akan menyebabkan anak malu dan rasa rendah diri.
B. Berikan anak pelukan setiap hari kerana ia memberikan kekuatan kecerdasan.
C. Pandang anak dengan pandangan kasih sayang,Ia membuatkan anak lebih yakin.
D. Berikan perangsang setiap kali anak berbuat baik misalnya pujian ,ciuman, hadiah 
atau senyuman.
E. Jangan mengharapkan anak yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan.Mereka hanya kanak-kanak yang sedang membesar, perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.
F. Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga.
G. Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak,jangan mengeluh.Keluhan akan membuatkan anak merasakan diri mereka beban kepada ibubapa mereka.
H. Dengar cerita anak anda, tunggu giliran anda untuk bercakap.
I. Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya.
J. Lakukan sedikit persediaan untuk anak menyambut hari lahirnya,sediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah.
K. Luangkan masa bersama anak di luar rumah,pegang tangan anak-anak apabila berjalan
dengan mereka.Mereka tentu akan merasa pentingnya kehadiran ibubapa mereka.
L. Hargai permainan kesayangan anak.Pada masa sama,mereka juga akan menghargai barang kesayangan anda.
M. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat kerumah.Anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
N. Terimalah keadaan anda bukan ibubapa sempurna.Ini akan mengurangkan tekanan
menjadi ibubapa.

## Menjadi ibubapa yang sempurna dimata anak-anak dan masyarakat adalah amat susah sebenarnya, tapi sebagai ibubapa kita cuba jadi yang terbaik pada mereka, walaupun susah kita cuba dan terus mencuba. In shaa Allah akan menjadi juga. :)

!! SHARING IS LOVING !!

Nurfarhanah Suardi

Shaklee Independent Distributor 
ID 905705
SMS/Telefon : 016-7253014
E-mail : farhanasuardi@gmail.com

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Farhana Suardi