iklan

! RAYA SALE !

DOA KESUBURAN UNTUK WANITA SUPAYA SENANG HAMIL.

Assalamualaikum..

Arini aku nak kongsi kepada para pembaca terutama kaum wanita yang sudah berkahwin terutamanya.. Yang belum kahwin pun boleh baca yer.. Sebagai ilmu untuk anda.. :)

Wanita yang kurang subur sukar untuk mendapat cahaya mata. Ada yang sampai 7 atau 8 tahun berkahwin baru dapat menimang cahayamata. Yang selalu berusaha tapi masih belum berhasil, jangan putus asa. Ikhtiar itu penting dengan mendapat rawatan dari pegawai perubatan. Mungkin juga belum sampai masanya nak menimang cahayamata. InsyaAllah berdoalah kepada Allah SWT supaya dikurniakan zuriat kerana mungkin anda tidak beberapa subur kerana masalah ovulasi, berat badan, usia, masalah saluran fallopia dan masalah lain-lain berkaitan organ peranakan yang tersumbat.

Rasa rendah diri dan sedih apabila melihat orang lain bermanja dan bermain dengan anak-anak mereka. Jangan putus asa dan jika terasa sunyi terutama isteri-isteri yang tidak bekerja, lakukan aktiviti atau sekurang-kurangnya peliharalah beberapa ekor kucing parsi ataupun tikus "hamster" untuk mengisi kekosongan itu semasa suami pergi kerja ataupun ambillah anak angkat dari rumah anak-anak yatim.

Doa ini diantara yang baik diamalkan kepada wanita yang kurang subur kerana beberapa faktor diatas yang disebutkan tadi. InsyaAllah dengan mengamalkan dan dengan izin-Nya boleh merubahkan segala sesuatu dari yang buruk kepada yang baik untuk wanita yang mempunyai masalah kesuburan. Yang penting keyakinan kekuasaan-Nya dalam menyembuhkan.

Cara-caranya:

Sebelum memulakan bacaan:

1. Istighfar 10x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.
5. Doa Untuk Mendapat zuriat. (setiap kali selepas solat)
6. Doa Kesuburan (Surah Al-Anbiyaa: Ayat 30) - 11x

Sediakan botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca "Doa Kesuburan" maka ditiupkan kepada air tersebut. Minum air bacaan setiap hari. Sapu air pada bahagian bawah pusat ke turun kebawah dengan air ini sebanyak tiga (3) kali sambil membaca "Doa Kesuburan". InsyaAllah pada bahagian yang bermasalah akan pulih dengan izin-Nya. Jika ada yang tersumbat maka akan terbuka saluran tersebut..




"SHARING IS LOVING"

p/s : setelah berusaha, kita berdoa, sembahyang dan bertawakal kepada Allah

PETUA UNTUK MENGHILANGKAN BENGKAK DI KELOPAK MATA “PUFFY EYES”.


Tahukah anda bahawa bengkak di mata berpunca daripada faktor pemakanan, tidur yang tidak cukup dan mungkin oleh masalah alergik .Teh uncang merupakan salah satu bahan yang boleh digunakan untuk mengurangkan bengkak di mata anda.

- CARANYA MUDAH SAHAJA -

1. Rendamkan uncang teh ke dalam air panas selama 3-5 minit.
2. Kemudian, biarkan uncang teh sejuk dahulu.
3. Tutup mata anda dan letakkan uncang teh di bahagian mata yang bengkak kemudian tutup dengan kain bersih.
4.Biarkan selama beberapa minit dan bilas dengan air bersih.

Amalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
Selamat mencuba. 

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM) :


RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka lambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Farhana Suardi