iklan

! RAYA SALE !

tak faham

Korang ni KakNa tak faham lah. 

KakNa open order serunding, korang kata mahal.
KakNa open order kuih, korang kata mahal.
KakNa open order vitamin, takyah cakaplah, makan sebotol bukan terus jadi putih flawless.

Dahtu?

Pergi masak serunding sendiri.
Pergi buat kuih raya sendiri.
Pergi bancuh vitamin sendiri.

🙊🙊🙊🙊🙊

Ala, jangan lah sentap. KakNa tak kecik ati pun kalau korang tak order dengan KakNa. Rezeki Allah ni luas korang. In shaa Allah, ada rezeki anak-anak KakNa.

BERNIAGA HATI KENA SADO 💪🏻💪🏻💪🏻

#KakNaGojes

Kanser

Ustazah zaimah Ibrahim:

Berat hendak saya kongsikan hal ini. Namun demi semua wanita yang dikasihi, saya gagahkan mencatat. Ini adalah hal antara hidup dan mati. 

Perhatikan angka-angka ini:
S - 33 tahun - kanser payudara
M - 32 tahun - kanser payudara
M - 35 tahun - kanser servik
E - 33 tahun - kanser kelenjar
Z - 44 tahun - kanser hati & servik
M - 40 tahun - kanser payudara & tulang

Catatan di atas adalah senarai rakan dan saudara yang dekat dalam hidup saya. Ditakdirkan mereka telah diduga serangan kanser. Mereka ini bekerjaya, mempunyai keluarga, ada suami dan anak-anak.

Satu hal penting perlu dicatat - mereka juga tidak culas membuat ujian kesihatan setiap enam bulan atau setahun sekali.

Daripada enam sahabat saya ini, dua orang sedang berjuang,  mengharapkan sokongan untuk sembuh. Empat yang lain sudah pergi dulu daripada kita yang bakal menyusuli mereka.

Intipati tulisan ini sebenarnya hendak beritahu, semakin ramai wanita Malaysia mendapat kanser ketika usia muda. Mengapa?

Kata doktor, pemakanan dan corak pemakanan adalah antara punca kanser. Turut menyumbang ialah stres bekerja, kemurungan dan tidak ada masa merehatkan fikiran. 

Kanser ini jahat, lagi kita murung lagi cepat selnya membiak.
Sepuluh peratus lagi punca kanser ialah kerana faktor keturunan.

Kerap membuat pemeriksaan ulangan setiap enam bulan atau setahun sekali, bukan boleh dipercayai seratus peratus. 

Kanser boleh membiak dari Tahap 1 ke Tahap 3, hanya dalam tempoh seminggu. Menjelang hari ke lapan, kanser sudah terus ke Tahap 4!

Kawan, jika sayang sahabat wanita kita, jangan beratkan fikiran mereka. Mudahkan tugas mereka, tolong ringankan stres dia. Sumbangan itu walau nampak sikit namun besar impaknya. Tolonglah.

Nasihat kepada golongan suami, tolonglah ringankan stres isteri. 
Anak-anak pula, tolong jangan serabutkan fikiran mak.
Kawan-kawan perempuan, jangan pentingkan diri sendiri dan sesakkan fikiran kawan lain dengan hal remeh-temeh. 

Stres adalah punca kemurungan. Apabila murung, sel kenser akan bangkit bermaharajalela!

Terima kasih Drzubaidi HjAhmad. Komen Dr menginspirasikan tulisan ini. Kita tidak mahu lebih ramai lagi wanita menderita kanser pada usia muda. 

#PRIDE #LindaMohdNor
#cancerfighter

Sharekan dgn rakan2 wanita lain & suami agar mereka lebih alert dgn penyakit maut ni.

Jumaat Terakhir Syaaban

 

Assalamualaikum.

Jumaat terakhir.

Syukur.

Masih diberi peluang untuk hirup udara milik Allah.

Jom, kita sedekahkan Al-fatihah buat diri sendiri dan orang yang tersayang.

#KakNaGojes
#FamesRichShoppe
http://famesrichshoppe.blogspot.my

Salam Rejab!


Assalammualaikum

Salam Rejab untuk semua pengikut blog Fames Rich Shoppe!





Sila kongsi jika anda rasa ia menarik.

#FamesRichShoppe
Nurfarhanah Suardi
0167253014

Anak tidak mahu susu botol


Ibu-ibu mesti lebih risau terutama ibu-ibu baru yang ingin bekerja semula setelah melahirkan anak. Selain itu, ibu-ibu juga turut bimbang untuk meninggalkan anak di taska atau di rumah pengasuh jika anak menolak menyusu menggunakan botol.



Antara beberapa cadangan yang dapat dikongsikan adalah:-
  1. Menjadikan waktu penyusuan botol seperti permainan. Jangan paksa sekiranya bayi tidak mahu mengambil botol. Waktu pagi adalah waktu yang paling sesuai kerana bayi berada dalam keadaan segar dan ceria.
  2. Elakkan terus menyusu daripada payudara sekiranya bayi menolak botol. Bermain-mainlah dengan bayi selama lebih kurang 10 minit dan cuba semula memberinya botol.
  3. Bukan ibu yang memberikan susu menggunakan botol. Minta tolong suami atau pengasuh.
  4. Beri botol semasa bayi masih baru bangun daripada tidur.
  5. Pelbagaikan posisi penyusuan.
  6. Bedung bayi dengan kain ataupun baju ibu supaya bayi terasa dekat dengan ibunya.
  7. Berikan botol sambil berjalan-jalan di luar rumah atau semasa memandikan bayi.

Sila kongsi jika anda rasa ia menarik.

#FamesRichShoppe
Nurfarhanah Suardi
0167253014

Cara Mengatasi Sifat Marah & Panas Baran


Luangkan waktu
Sebelum bertindak balas terhadap situasi yang membuatkan anda marah, sebaiknya diam sejenak. Tarik nafas dalam-dalam, kira sampai 10. Beredar seketika untuk menghindari situasi yang tegang.

Setelah tenang baru luahkan
Setelah tenang dan boleh berfikir dengan jelas, baru ungkapkan rasa kesal anda dengan cara yang baik dan tidak berapi-api. Luah perkara yang mengganggu fikiran dengan jelas tanpa menyakiti orang lain.


Bersenam
Aktiviti fizikal mampu digunakan untuk mengendalikan emosi. Jika merasa kemarahan sudah berada di ubun-ubun, berjalan-jalan sejenak atau berlari. Habiskan waktu untuk melakukan aktiviti fizikal untuk mengalihkan perhatian daripada kemarahan. Aktiviti fizikal mengeluarkan hormon gembira.

Berfikir sebelum bercakap
Ketika kemarahan sedang meluap-luap, sering kali mereka mengeluarkan kata-kata yang kemudian disesali. Jadi sebelum memuntahkan semua kemarahan, sebaiknya berfikirlah dengan waras.

Cari penyelesaian
Daripada fokus kepada perkara yang membuatkan anda marah, sebaiknya fokus pada penyelesaiannya. Ingatkan diri bahawa kemarahan tidak akan menyelesaikan masalah, bahkan boleh membuatnya lebih tidak tentu arah.

Jangan berdendam
Maaf adalah penawar yang paling kuat. Jika membiarkan kemarahan dan perasaan negatif melebihi perasaan positif, anda kemungkinan akan bersikap buruk dan tidak adil. Untuk itu, lebih baik jika mampumemaafkan seseorang yang membuat anda marah. Jadikan kemarahan dan kesalahan orang lain sebagai pengajaran.

Berjenaka
Gunakan humor dan jenaka untuk membuat suasana lebih ringan. Jangan gunakan humor yang sarkastik kerana akan menyinggung orang lain dan membuat masalah semakin rumit.

Bertenang dan relaks
Ketika anda mula berasa marah, kemampuan untuk relaks mungkin sangat diperlukan. Lakukan latihan untuk menarik nafas dalam-dalam, membayangkan sesuatu dan meluahkan kata-kata yang boleh membuat rasa tenang. Anda juga boleh mendengar muzik, menulis jurnal atau melakukan yoga.

Tahu bila harus meminta bantuan
Jika masalah mengendalikan amarah menjadi semakin parah dan anda berasa tidak sanggup untuk melakukannya, sebaiknya segera cari bantuan orang lain. Ini boleh mencegah daripada melakukan perkara lebih buruk dan menyakiti orang yang anda sayangi.

Cara kawal kemarahan dari perspektif Islam
Berwuduk

Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu dibuat daripada api. Api itu hanya dapat dipadamkan dengan air.

Membaca al-Quran
Ayat-ayat al-Quran menjadi penawar sakit rohani dan jasmani. Jika badan dan emosi tidak stabil segerakan membaca surah-surah suci.

Berzikir dan beristighfar (memohon ampun)
Zikir paling mudah diamalkan. Boleh dibacakan untuk diri sendiri apabila berasa marah atau kepada orang lain untuk meredakan marah atau panas baran mereka. Dibaca diulang-ulang sambil menggosok dada.

Berselawat
Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi adalah kunci kepada penyelesaian banyak masalah.

Beriktikaf di dalam masjid
Minda kita perlu kepada kelapangan dan ruang. Sifat semula jadi minda kita sukakan ketenangan. Masjid merupakan kawasan lapang yang mampu meredakan kekusutan jiwa.


Sila kongsi jika anda rasa ia menarik.

#FamesRichShoppe
Nurfarhanah Suardi
0167253014

Boleh kah menggunakan bekas dadih?


Saya selalu mendapat soalan adakah bekas dadih sesuai dijadikan bekas menyimpan susu?

Menurut perkongsian buku Membesarkan Anak Hebat dengan Susuibu, 

Elakkan daripada menggunakan bekas dengan nombor kod tiga, enam dan tujuh. Nombor kod tersebut tertera di bawah bekas dadih tersebut.

Bekas yang paling selamat adalah bekas yang BERKOD LIMA kerana ia dibuat daripada polypropylene.


Namun begitu, penggunaan yang berulang kali adalah tidak digalakkan.


Sila kongsi jika anda rasa ia menarik.

#FamesRichShoppe
Nurfarhanah Suardi
0167253014

Apa Itu SISTEM IMUN?




Sistem imun melindungi kita dari penceroboh asing seperti virus, bakteria, kulat, protein asing dan sel kanser. Ia adalah satu sistem yang sangat canggih, anugerah dari Yang Maha Pengasih, yang merupakan perlindungan terbaik dari sebarang penyakit berbahaya. Tiada ubat yang dapat menandingi sistem imun yang sihat.

Secara ringkas sistem imun terdiri daripada sel khas, protein, tisu dan organ (nodus limfa, sistem pernafasan, limpa, kulit, apendiks, perut dan usus). 

Ia juga merupakan sistem pertahanan pertama apabila badan dimasuki kuman.

Oleh itu, sememangnya sgt penting utk kita menjaga dan memastikan sistem imun kita berada dlm keadaan yg sangat baik.



In shaa Allah, dengan mengamalkan jus Qaseh Gold (mengikut kesesuaian umur) kita lebih mudah dalam menjaga sistem imunisasi kita dan keluarga kita. Semoga kita semua terus istiqamah dalam mengamalkannya dan berkongsi kebaikkannya dengan orang lain.


Sila kongsi jika anda rasa ia menarik.

#FamesRichShoppe
Nurfarhanah Suardi
0167253014

Saiz perut bayi menyusu

Ramai ibu risau apabila tiada susu terhasil selepas bersalin. Risau sekiranya bayi menangis atau lapar. Tetapi apa yang perlu diketahui sebenarnya bayi yang baru lahir mempunyai saiz perut yang sangat kecil cuma sebesar biji ceri sahaja.



Jadi adalah tidak logik sekiranya payudara menghasilkan susu yang sangat banyak pada hari pertama. Pada awal kelahiran dengan perut bayi yang kecil, kolostrum yang dihasilkan secara purata sebanyak 37 mililiter sahaja yang sudah cukup untuk mampu menampung keperluan bayi anda.


Sila kongsi jika anda rasa ia menarik.

#FamesRichShoppe
Nurfarhanah Suardi
0167253014

Motivasi Pagi

Alhamdulillah,

Assalammualaikum dan selamat pagi.


Jangan lupa berzikir Ya Wahhab. Biar Allah permudahkan urusan kita jika ada kesulitan.

Sujud syukur!



Sila kongsi jika anda rasa ia menarik.

#FamesRichShoppe
Nurfarhanah Suardi
0167253014

Kurma dan kebaikkannya.

Sekadar perkongsian ilmu.


  1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan di dekati jin?
  2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
  3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?
  4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih menyihatkan daripada kaviar?
  5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
  6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
  7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
  8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
  9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma kaya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?
  10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?

Sila kongsi jika anda rasa ia menarik.

#FamesRichShoppe
Nurfarhanah Suardi
0167253014

Menuju keseimbangan hidup

  1. Tanyakan pada diri sendiri apakah yang 'hilang' dalam hidup selama ini. Mungkin selama ini anda tidak nampak kekurangan diri sehingga melakukan sesi post-mortem terhadap keperibadian serta tingkah laku anda selama ini.
  2. Tetapkan sasaran dan masa untuk mencapai sesuatu yang anda impikan. Sebagai contoh, setiap awal tahun anda menetapkan sasaran atau target untuk dicapai menjelang suku atau setengah tahun. Tetapi pastikan matlamat tersebut adalah realistik dan boleh dicapai.
  3. Senaraikan perkara-perkara yang perlu anda lakukan untuk mencapai impian anda. Tetapi ingat, pastikan tahap kemampuan anda sebelum melakukan sesuatu perkara.
  4. Berkongsi maklumat bersama rakan atau keluarga tentang perubahan yang sedang anda lakukan. Walaupun kadang-kala mereka tidak dapat membantu mencapai apa yang anda inginkan, tetapi sekurang-kurangnya dorongan dan kata-kata semangat mampu menjadi azimat untuk anda menuju kejayaan.
  5. Usah lupa membuat penilaian diri terhadap apa yang sedang anda lakukan. Kebanyakan kusus motivasi akan mengedarkan borang penilaian diri, tidak salah jika anda juga menyimpan borang tersebut untuk kegunaan peribadi. Ia dapat mengukur sebarang kemajuan yang telah dicapai.
Sila kongsi jika anda rasa ia menarik.

#FamesRichShoppe
Nurfarhanah Suardi
0167253014

Welcome 2016!

Assalamualaikum,

In shaa Allah, untuk tahun 2016 ni saya akan lebih rajin untuk kemaskini dalam blog ini. Maaf atas segala kesulitan yer kawan-kawan. 
Semoga kita semua lebih maju dan berjaya untuk tahun 2016. 
Jadikan tahun 2015 sebagai panduan dan pengajaran buat kita lebih tabah dan kental untuk hadapi masa mendatang. 

Good Luck!

Milk Booster Ibu Menyusu!

Salah satu milk booster secara semulajadi adalah jus pegaga. 

Untuk makluman ibu, setiap 10g bahagian pegaga yang boleh dimakan mengandungi air 87.7g, protein 2.0g, lemak 0.2g, karbohidrat 6.7g, serat 1.6g, kalsium 171mg, fosforus 32mg, B2 0.19mg, niasin 0.1mg dan Vitamin C 48.5mg.


Resipi untuk membuat jus pegaga.
100 gram pegaga (cuci daun pegaga dengan air garam dan bersihkan akarnya)
Sedikit gula perang
500 ml air masak
Secubit garam

Cara membuatnya
1. Masukkan pegaga dan letakkan gula perang (bergantung pada sukatan yang ibu suka), air masak dan sedikit garam ke dalam mesin pengisar.
2. Kisar daun pegaga dan ambil jusnya.
3. Sedia diminum sama ada suam atau diletakkan dengan ais.

Selamat mencuba!

Sila kongsi jika anda rasa ia menarik.

#FamesRichShoppe
Nurfarhanah Suardi
0167253014

Di sebalik kejayaan....


Disebalik kejayaan,

Terselit kisah suka duka di situ!

Yang penting, teruskan melangkah...



Sila kongsi jika anda rasa ia menarik.

#FamesRichShoppe
Nurfarhanah Suardi
0167253014

Tips usahawan

60 tips segera dan ringkas untuk usahawan. Baik jika dibaca sekali sehari bagi memastikan kita sentiasa 'sedar' akan kerjaya yang dilakukan, iaitu usahawan.


Tips ringkas ini semuanya dalam tiga perkataan sahaja bagi setiap tips. Walaupun ia tidak menerangkan secara lengkap, sekurang-kurangnya ia dapat dibaca dengan cepat dalam masa beberapa minit sahaja.
  1. Matlamat perlu jelas.
  2. Ada buat perancangan
  3. Berusaha dengan cekal.
  4. Baca buku selalu.
  5. Belajar tanpa henti
  6. Bertindak dengan cepat.
  7. Tidak mudah mengalah.
  8. Berani hadapi risiko.
  9. Fokus pada kekuatan.
  10. Sayangi diri sendiri.
  11. Sentiasa perbaiki diri.
  12. Gagal itu lumrah.
  13. Utamakan yang utama.
  14. Perlu jaga kesihatan.
  15. Ambil sarapan pagi.
  16. Tidur perlu cukup.
  17. Bangun awal pagi.
  18. Sentiasa bersangka baik/
  19. Elakkan membazir masa.
  20. Buat dengan betul.
  21. Tunaikan solat fardhu.
  22. Usaha perlu konsisten.
  23. Perlu ada prinsip.
  24. Latih disiplin diri.
  25. Pakaian yang kemas.
  26. Keinginan yang membara.
  27. Tidak menundakan kerja.
  28. Perlu ada mentor.
  29. Bantu usahawan lain.
  30. Urus aliran tunai.
  31. Jaga kebajikan pekerja.
  32. Doa adalah senjata.
  33. Tawakal kepada Allah s.w.t.
  34. Zikir adalah penawar.
  35. Pilih untuk berjaya.
  36. Bangkit dari gagal.
  37. Bersedekah dengan ikhlas.
  38. Tunaikan zakat perniagaan.
  39. Berani berkata TIDAK.
  40. Tenang menerima kritikan.
  41. Maafkan sesiapa sahaja.
  42. Hidup perlu diteruskan.
  43. Sertai kursus berkaitan.
  44. Elakkan daripada riba.
  45. Kenali potensi diri.
  46. Tambah kawan baru.
  47. Malu perlu bertempat.
  48. Fokus pada jualan.
  49. Belajar ilmu komunikasi.
  50. Menulis dengan baik.
  51. Tidak ulangi kesilapan.
  52. Baca kisah kejayaan.
  53. Pelbagaikan sumber pendapatan.
  54. Pantau perkembangan perniagaan.
  55. Ada simpanan kecemasan.
  56. Hargai para penyokong.
  57. Layan pelanggan sebaiknya.
  58. Rekodkan maklumat pelanggan.
  59. Promosi! Promosi! Promosi!
  60. Baik biar berpada!

Sila kongsi jika anda rasa ia menarik.

#FamesRichShoppe
Nurfarhanah Suardi
0167253014

30 perkara yang dikongsi dari Dr. Hj. Azizan Osman tentang keusahawanan.

30 perkara yang dikongsi dari Dr. Hj. Azizan Osman tentang keusahawanan.

  1. Di dalam pakej kejayaan ada kesusahan.
  2. Mengubah manusia, perkara yang paling mencabar, ianya mudah apabila mereka sendiri yang mahu berubah.
  3. Ramai mereka yang berjaya menjadi ketua dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang disukai.
  4. Majoriti mereka yang mencapai kejayaan tidak suka memberi alasan.
  5. Fokus adalah perkara penting bagi mereka yang mahu mencapai kejayaan.
  6. Hasil kajian, 100 orang yang berjaya di dunia, 68% dari mereka tidak mempunyai markah CGPA yang tinggi.
  7. Tahap kejayaan seseorang bukan ditentukan oleh siapa 'pensyarah' mereka.
  8. Tahap keinginan yang tinggi adalah kekuatan dalaman yang akan memacu kejayaan seseorang.
  9. Apabila kita mempunyai tahap keinginan untuk berjaya yang kuat, segala perasaan negatif dapat dikawal dengan sebaiknya.
  10. Kejayaan pertama bermula dari minda dan mentaliti mahu berjaya.
  11. Mereka yang betul-betul mahu berjaya, mereka mempunyai tahap keinginan yang kuat kerana mereka mempunyai matlamat yang jelas yang mahu dicapai.
  12. Apabila 'down' cari kata-kata pembakar semangat. Jadikan sebagai alat pembakar semangat untuk mencabar diri supaya menjadi lebih baik.
  13. Cari 'big why' yang kuat dalam diri. Kenapa aku nak berjaya? Untuk apa aku nak berjaya?
  14. Semangat bisnes datang dari pemilik bisnes itu sendiri. (Untuk permulaan sahaja sebelum mempunyai sistem yang lebih teratur).
  15. Kekuatan dalaman datang dari diri sendiri. Apabila dalaman kuat, segala alasan kepayahan boleh cuba untuk diatasi.
  16. Matlamat yang mahu dicapai harus jelas. Masa? Untuk? Tujuan?
  17. Gunakan sebaik-baik mungkin teknologi yang ada. 
  18. Bina 'networking' untuk menjana kumpulan yang terbaik. (Mastermind group with Quality People).
  19. Masa itu emas, jangan buang masa proses kejayaan akan melalui beberapa kesusahan.
  20. Bila mahukan sesuatu, mesti dapat dengan apa cara sekalipun (bukan dengan memberi alasan).
  21. Kenali diri, sejauh mana tahap kejayaan yang telah dicapai sehingga sekarang.
  22. Tulis proses demi proses semasa mencapai kejayaan. Raikan kejayaan kecil sebelum menikmati kejayaan yang lebih besar.
  23. Berterus-terang dengan apa yang mahu dicapai bersama kumpulan.
  24. Pemilik bisnes perlu 'faham' tentang marketing, sales, HR, operation bussiness mereka.
  25. Teruskan belajar, sentiasa tambah ilmu untuk penambahbaikan diri supaya lebih baik dari sebelumnya.
  26. Dekatkan diri dengan mereka yang lebih berjaya dari kita supaya ianya dapat mengekalkan momentum kejayaan kita.
  27. Fokus dengan apa yang mahu dicapai. Jangan terlalu fokus pada proses kerana ianya akan membebankan emosi.
  28. Cari mentor yang telah berjaya dalam bidang mereka (bukan teori semata-mata).

Sila kongsi jika anda rasa ia menarik.

#FamesRichShoppe
Nurfarhanah Suardi
0167253014

Jom Ubah!

Jom kita ubah tabiat pemakanan kita! 

Masih belum terlambat lagi. 

Makanan yang HALAL lagi BAIK itulah yang dituntut dalam Islam. 

Indahnya Islam mengajarkan kita supaya memilih makanan terbaik!

Jauhi makanan-makanan syubhah, boikot, jajan, makanan-makanan ringan dan fast food yang tidak baik untuk kesihatan dan otak kita!


Anak-anak yang cemerlang dunia akhirat itu bermula dari kita!

Yang masih bujang juga pastikan bermula dari sekarang dah bina tabiat pemakanan yang halal lagi baik.

HALALAN TOYYIBAN

#SihatItuJihad

Pengurusan kewangan keluarga

Merancang dan menguruskan kewangan dengan bijak adalah unsur terpenting dalam membentuk sebuah keluarga yang sejahtera dan stabil. Kefahaman mengenai kehidupan berkeluarga berkualiti akan mendorong anda merencana perbelanjaan keluarga dengan berhemah meskipun anda tergolong dalam keluarga yang berpendapatan sederhana.


  1. Pastikan anda mempunyai simpanan ketika kecemasan.
  2. Fikirkan simpanan kewangan untuk pendidikan anak-anak.
  3. Bezakan antara keinginan dan keperluan.
  4. Buat belanjawan untuk mengetahui aliran wang keluar.
  5. Pastikan citarasa anda tidak melebihi kemampuan.
  6. Jangan mudah terpedaya dengan iklan jualan murah.
  7. Cuba elakkan kebergantungan pada kad kredit.
  8. Simpan dulu baru belanja.
Sila kongsi jika anda rasa ia menarik.

#FamesRichShoppe
Nurfarhanah Suardi
0167253014

Quotes #1

[CABAR DIRI TERUS MAJU]
Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga.
Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudian mencabar diri untuk maju ke tahap yang seterusnya pula.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.
1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi
Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.
2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain
Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain.
Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.
3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati
Usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.
4. Soal Diri Dengan Soalan Positif
Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.
5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda
Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.
Janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti.
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Farhana Suardi